Sunday, October 24, 2010

Nazam Di melaka

Nazam juga menjadi kesenian yang dipraktikkan di Melaka. Di Melaka terdapat sebuah teks nazam berjodol Tanbih al-Kusla. Nazam tersebut adalah hasil terjemahan daripada Nzam Arzal an-Nas oleh Ahmad bin Haji Abd.Raof, yang merupakan Mufti negeri Melaka tahun 1944. Tanbih al-Kusla lebih merupakan buku permulaan dalam ilmu fikah, khususnya untuk anak-anak sekolah.

Mengikut Mohd.Ali Bachik (2004:10) perkembangan nazam di Melaka berlaku di kalangan kaum lelaki dan kaum wanita. Kaum lelaki membaca nazam di surau di antara waktu maghrib dan Isyak terutama pada bulan Rabiul Awal. Kaum wanita pula membaca nazam sambil menganyam tikar pada waktu malam.



Di Melaka.
Nazam terbahagi kepada dua lagu iaitu SERKAM dan TANJUNG.Ini bermakna cara berlagunya juga berbeza.Jika nazam versi serkam,lagunya akan berlainan dengan nazam versi tanjung dimana cara lagunya itu tidak sama.
Contohnya.
Aku Mula  Kitab Ini Dengan Berkat (berhenti nafas+nafas baru)                                                             Nama allah yang menberi limpah rahmat.
Jadi cara lagunya itu haruslah sedemikian.
Untuk tanjung pula.
Aku Mula Kitab Ini Dengan Berkat (nafas tidak berhenti sebaliknya diteruskan)                                     Nama allah yang menberi limpah rahmat.
Begitulah perbezaan nazam di melaka.Cara lagunya dan lenggoknya yang berbeza.Disamping itu juga,Di Melaka menetapkan awal nazam dengan
Allah Allah Azza wajal tuhan kami,                                                                                                         Kami minta ampun akan dosa kami.
Ayat diatas ditetapkan sebagai korus utama yang harus diulang selepas solo.
Dalam unsur kontemporari masa kini,nazam boleh disertakan dengan alat-alat muzik yang boleh mencantikan lagi nazam itu dan sesuai untuk keadaan semasa.
Antara alat yang boleh dimasukan kedalam nazam ini antaranya ialah,gedombak,sitar,gambus,tabla,kompang,rebana,gong,tamborin dan alat-alat yang lain yang bersesuaian dengan irama islam.
Jika dirungkai dari segi sejarahnya,melaka merupakan negeri terawal yang mendapat pengaruh nazam ini,dimana pada abad ke 16 lagi ia sudah bertapak di asia tengara.
Nazam dimelaka bertujuan untuk meyebarkan dakwah islam pada ketika itu yang diamalkan oleh para ulama untuk berdakwah di melaka.Ia juga digunakan oleh para pedagang untuk memahami budaya masyarakat orang islam pada ketika itu.
Pengaruh nazam ini tersebar di beberapa buah negeri yang lain antaranya Pahang dan Terengganu.
Antara pengiat awal nazam di melaka ialah Tn Haji Ahmad Bin Haji Abdul Raof.Beliau yang menterjemahkan nazam ini kedalam bahsa melayu supaya ianya mudah difahami.antara nazam awal terjemahan nya ialah Nazam Rukun Islam berdasarkan kitab berzanji kita sekarang ini.

Nazam di mata kontemporari

Bila bercakap tentang nazam pasti kita tidak meyedarai bahawa nazam telah semakin menyepi..namun segelintir masyarakat yang prihatin akan kelunturan ini berusaha untuk memartabatkan nazam di mata kontemporari..

Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut Kamus Dewan (1994:858) “Nazam” ialah perkataan Arab yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair, ”bernazam” adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau bersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau mengubah dan menyajakkan. 



  • Kamus Dewan juga memberikan kata lain yang digunakan untuk nazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalam bahasa Arab bererti merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna ini termasuklah merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata dalam mencipta puisi. Dalam Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidak dijumpai kata "nazam", namun dapat disamakan dengan "nalam", iaitu banalam (bernazam) ialah bertjerita dengan lagu terutama tentang agama atau yang berisi pengajaran. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988, ditemukan kata "nalam" dan "nazam". "Nalam" adalah gubahan sajak (syair, karangan); sementara bernalam, bermaksud membaca puisi atau bercerita dengan lagu; bersajak (bersyair). Mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia (1984) mengatakan "nalam": gubahan sajak, syair atau karangan); "bernalam" bermakna bersajak atau bersyair; bercerita dengan lagu; "menalamkan" adalah menyajakkan; menceritakan dengan lagu.
  • Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazam bermakna puisi secara umum. Di samping itu istilah ‘bernazam’ pula digunakan bagi maksud berlagu. Di dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yang sama dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil dari bahasa asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasal dari bahasa Tamil. Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umum di dalam bahasa asal masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayu perkataan-perkataan ini kemudian mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagai istilah teknikal yang merujuk kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyai struktur, isi dan fungsi yang tersendiri. Perkataan nazam yang digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yang dikarang oleh Bokhari al-Jauhari kira-kira dalam tahun 1603.

Friday, October 8, 2010

sudut pandangan rohaniah

Dalam kehidupan manusia kita saling berhubung antara satu sama lain,jadi tidak hairan lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki.Oleh itu dari segi kajian yang saya rujuk,lelaki dan wanita adalah dua sifat yang berbeza dimana.unsur sifat dan perasaanya juga berbeza.jika dibandingan dengan sifat lelaki ia lebih bersifat kebudak-budakan tidak seperti wanita yang lebih bersifat matang dari lelaki.

Jika kita lihat dari sudut pandangan umum,lelaki lebih inginkan keseronokan berbanding wanita yang hanya memikirkan ianya adalah perkara yang serius.Dalam sudut rohaniahnya kita dapat kenal pasti tahap kemampuan seseorang itu ,melalui gaya,pertuturan dan tingkah laku yang ditonjolkan pada kita.

Bagi mereka yang inginkan kemesraan dalam perhubungan kita perlulah memahami lebih dari sebagai seorang kekasih jika kita mahukan pasangan kita kekal bersama kita.Dalam pentaksiran yang saya lakukan dengan merujuk buku-buku dari pakar motivasi terkenal iaitu Dr.Fadilah Kamsah dan beberapa tokoh lain antaranya Dr Zainal Abidin Said dalam bukunya yang mengupaskan tentang isu perhubungan yang serasi..Dari aspek pemikiran physcologi kita harus pandang seseorang itu dari sudut rohaniahnya itu dimana kita dapat menilai seseorang itu hanya dengan berdasarkan tiga perkara yang saya sebutkan tadi.

Untuk kita tahu bagaimana sifat pasangan kita,berdasarkan bulan kelahiran ianya menberkan satu pendedahan yang khusus untuk memberikan tips dan pendedahan tentang sifat pasangan mereka.namun idealistik ini boleh diterima pakai kerana berdasarkan kajian dan penyiasatan yang saya terokai ternyata ianya menberikan impak yang berkesan untuk saya meneruskan kerjaya sebagai seorang pemikir tentang kehidupan dan mencari penyelesaian untuk pasangan yang lain.
Dalam sudut bulan kelahiran saya ambil satu contoh disini iaitu bulan 6,
seseorang yang dikelompok bulan ini,ianya bersifat seorang yang ceria,cerdik,pandai mengambil hati orang,kesetiaan 60% dan boleh menjadi apa sahaja yang diinginkan berdasarkan tahap pemikiran seseorang individu itu.jika pasangan ini sukar untuk mendapatkan kekasih bagi saya ianya bukan satu perkara  yang agak ganjil,tapi pada saya ianya terpulang kepada seseorang itu untuk menilai individu yang disukainya itu.jadi mereka yang berada dalam bulan ini anda jangan bersa begitu selesa dengan hubungan anda kerana ianya mungkin akan menjatuhkan hubungan anda sendiri,anda juga perlu peka dan perlu selalu ambil perjatiaan tentang pasangan anda supaya pasangan anda akan rasa dirinya diberikan perhatiaan..
dari segi kehidupan pula anda layak untuk menjadi apa sahaja,seperti yang saya nyatakan diawal tadi berdasarkan pemikiran dan cara pembawakkan kita untuk kearah tersebut,anda hanya mampu untuk bekerja dengan status sosial sahaja kerana bagi saya anda adalah seorang yang lemah dan cepat fed up apabila melakukan perkara itu berulang kali,anda seorang yang sukakan cabaran dan kehidupan anda adalah seorang yang agak kelakian dimana cara anda dan tingkah laku anda,namun anda adalah seorang yang lemah lembut.

Untuk penjelasan dengan lanjut saya akan susuli dengan bulan 11 selepas ini..

Thursday, October 7, 2010

Memupuk pasangan serasi

Dalam perhubungan yang serius kita perlu memikirkan apakah tindakan dan tingkah laku kita semasa bersama dengan pasangan..jadi untuk mengenali pasangan kita.kita harus tahu apa yang dia inginkan dan apa yang dia tidak inginkan..
hal ini  boleh dikategorikan sebagai satu media yang penting untuk mencapai tahap kebahagian itu..,saya terangkan bersama..di sini cara untuk mengenali pasangan kita dan cara untuk menghadapinya jika perlu...

Kalau di kaji dari aspek bulanya ialah bulan 4 dan 8 adalah satu sifat yang amat ketara didalam hubungan dimana pasangan ini selalu ada konflik masing-masing..sifatnya,keras kepala,panas baran tapi dalam hati ada taman..seorang yang kelakar,status berada..mudah untuk dincintai..tahap kesetiaan 80%,sosial yang erat.jadi jika pasangan yang sesuai dengannya ialah 12,9,8 dan 11..
ini menurut hasil kajian yang saya jalan kan bersama dengan rujukan-rujukan tertentu antara dr fadhilah hj kamsah,dalam bukunya yang bertajuk pasangan bahagia..

Jika pasangan bulan ini menghadapi masalah anda jangan risau kerana bulan 4 dan 8 ini adalah seorang yang cepat mengalah dari segi pujukan tapi perlu dirapikan oleh pasangan itu sendiri..jadi untuk mengambil hati pasangan anda ini amat mudah,caranya ialah anda perlu jujur dan betul-betul memahami apa yang dia inginkan..contohnya,perhatian dan komitmen anda..jadi untuk pasangan bulan ini anda harus peka dengan nya setiap saat kerana dia adalah seorang yang praktikal dan tertib..status pekerjaanya pula adalah bersama sosial dan peralatan.
Jika ada konflik yang berlaku anda perlu bijak memilih ayat yang sesuai untuk digunakan semasa percakapan ataupun sms kerana yang saya katakan tadi dia adalah sorang yang praktikal dalam hal perhubungan ini..dan ingat dia tidak mudah untuk menerima cakap orang bulat-bulat..jadi anda jangan kaitkan sesiapa dalam hal perhubungan anda.