Saturday, March 19, 2011

SEMBANG TEATER

Dalam zaman era kemodenan ini,corak perjalanan  teater begitu hebat dan meriah.Banyak pertubuhan-pertubuhan yang menperjuangkan seni teater ini dimana ianya akan menjadi satu tradisi untuk kita mengenal tahap keupayaan dan kebijaksanaan kita dalam menganalisa masalah dan cara perletakkan sesuatu benda itu.

Bagi seorang pelakon teater ianya memerlukan pengalaman yang baik untuk melaksanakan watak yang diberikan.Pengalaman hidup atau pengalaman orang lain boleh juga dipakai untuk memahami dan menjiwai watak yang diberikan.

Seorang pelakon teater yang baik memerlukan banyak ilmu dan tahap disiplin yang tinggi.ini amat penting untuk seseorang itu untuk dia kehadapan dan berjaya.Jika kita memikirkan lakonan hanyalah satu subjek atau pun satu benda yang tidak menberikan apa-apa makna pada diri kita ia amatlah sedih dan dukacita,kerana dalam teater banyak mengajar kita tentang erti kehidupan dan menberikan keyakinan yang baik untuk kita.
jika ditanya kepada kita mengapa bidang teater menjadi pilihan,ianya bukanlha satu perkara yang mudah untuk dijawab sebaliknya memerlukan jawapan yang baik supaya soalan itu boleh dijawab dengan baikl.

Pelakon teater haruslah menpunyai keazaman yang tinggi,berusaha dan bijak mengolah watak yang diberikan supaya ianya menjadi sesuatu yang dapat disampaikan melalui lakonan.

sesuatu karya itu bukan sahaja dinilai dari aspek bahasa,jalan cerita dan isi serta pengajarannya sahaja,malah pergerakan pelakon itu sendiri yang maenjalan kan cerita itu supaya apa yang ingin disampaikan oleh pegarang sampai kepada penonton yang melihatnya.

Sesuatu karya yang baik digerakan dengan pelakon yang menginterpretasikan apa yang terkandung dalam karya.
Oleh itu belajar erti kehidupan itu disebalik teater ini.kerana ianya menberikan banyak ilmu tentang cara hidup dan sifat kebijaksanaan seseorang itu.