Wednesday, May 18, 2011

KEPENTINGAN VOKAL DALAM LAKONAN

vokal atau suara merupakan satu anugerah allah kepada setiap insan yang bergelar manusia,ianya digunakan untuk setiap insan berbicara tentang kebaikan mahupun keburukan,

Dalam aspek teater ia digelarkan sebagai vokal,kepentingan vokal amat jelas dimana penggunaannya menberikan kesan yang sangat positif untuk setiap pelakon,vokal diolah pelbagai cara melalui kaedah yang digunakan oleh seseorang pelakon itu sendiri.Vokal yang baik ialah dapat melontarkan dialog dan bait-bait perkataan dengan jelas dan lantang.
Dari aspek lakonan ia amat menbantu pelakon itu untuk menjayakan lakonan melalui ucapan dialog yang dilontarkan,sebelum berlakon vokal perlu dipanaskan atau istilahnya WARM-UP.Warm-up vokal dilakukan dengan pelbagai cara dan keadaan bergantung kepada individu itu sendiri,namun keberkesanan dari hasil warm-up itu dapat menbatu pelakon untuk melontarkan dialog dengan jelas dan mudah didengar serta difahami.

Seorang pelakon yang bukan hanya dapat menghayati watak dengan baik dan menjiwai watak tersebut,tetapi seorang pelakon yang baik juga harus menpunyai vokal yang baik untuk melontarkan dialog yang diucapkan.Vokal sangat menbantu menghidupkan cerita dan watak seseorang itu.Tanpa vokal yang jelas cerita akan jadi hambar dan ia akan menjejaskan mutu lakonan seseorang pelakon itu sendiri.

ramai yang berpendapat vokal merupakan satu elemen yang tidak perlu dititikberatkan,hal ini sama sekali bercanggah dengan perihal yang ingin saya katakan.vokal memainkan peranan yang penting selain dari aspek lakonan danwatak.

Kebanyakkan pelakon tidak mengunakan vokal dengan baik,tidak dinafikan seseorang individu itu menpunyai suara yang baik,namun jika vokal yang digunakan tidak sesuai dengan watak ia akan menburukkan lakonan dan jalan cerita tersebut.Rata-rata pelakon memakan dialog dan tidak dilontarkan secara jelas.Ini kerana penyebutan barangkali yang menyebabkan pelakon itu tidak dapat melontarkan dengan baik.