Antara fungsi pencahayaan ialah untuk menbolehkan kita melihat apa yang berlaku diatas pentas.Pencahayaan digunakan untuk menerangi kawasan sekitar ruang lakon untuk memudahkan penonton melihat apa yang berlaku di atas pentas,ia juga mampu menbuat penonton memahami cerita yang dipentaskan.
Fungsi pencahayaan juga untuk menperlihatkan memek muka pelakon supaya penonton dapat melihat wajah pelakon dan menghayati cerita tersebut.Contohnya apabila pelakon melakonkan watak sedih jadi memek muka nya haruslah jelas supaya dapat menberi reaksi kepada penonton yang melihat.
Pencahayaan juga berfungsi sebagai menampakkan posture badan dengan jelas,apabila lampu menerangi kawasan ruang lakon ia sekali gus menampakan posture badan seorang pelakon dan mampu melihat keseluruhan badan pelakon tersebut.Selain itu juga pencahayaan juga untuk menimbulkan mood,dalam pementasan pencahayaan penting untuk menimbulkan mood,ini kerana lampu-lampu yang dinyalakan adalah untuk menberikan suasana kepada penonton dan juga pada pelakon.kesan tembakan lampu tadi mampu untuk menghidupkan mood lakonan dan menbuat cerita itu supaya lebih menarik.
No comments:
Post a Comment