Monday, February 7, 2011

DRAMA MODEN MALAYSIA

ALIRAN PERKEMBANGAN DRAMA REALISME PADA TAHUN 1960-an.
Perubahan yang berlaku dalam aliran perkembangan drama moden Malaysia pada hari ini berlaku secara berurutan dimana perubahan genre itu sendiri jelas menbuktikan perubahan yang ketara di mana,Jika kita lihat dari tahun 1940an aliran drama pada masa itu bersifat bangsawan dan seterusnya berkembang kepada proses pertukaran aliran bangsawan kepada aliran sandiwara dan purbawara.
Namun perkembangan kea rah drama moden terserlah apabila penulis dan pengarang cerita-cerita pada 1960an sudah menpunyai satu citarasa yang baru dimana perubahan daripada drama sandiwara ke purbawara beralih kepada bentuk yang bersifat realisma.
 Realisme bermaksud drama yang persoalan dan pemikiran menggarap kehidupan sehari-hari; tegasnya isi yang di nukil sezaman dengan penulisannya sendiri.Dramatisnya berhasrat untuk menjadi jurubicara masyarakatnya,propangandis zamannya dan sanggup terlibat dengan perjuangan kemasyarakatan bagi menbenteras segala rupa kepincangan dan penindasan.
Antara tokoh-tokoh yang Berjaya menyeamarakkan aliran drama jenis ini ialah Nordin Hassan,Kalam Hamidi,kala dewata,Mana sikana,Usman Awang,Malina manja,Hatta Azad Khan,Johan Jaafar,Dinsman,Awang Had Salleh,Shaharom hussain,Ismail kassan,Syed Alwi,Syed Alwi Al-hadi
Semua orang bersetuju meletakkan kalam Kala dewata sebagai pelopor aliran drama realism di Malaysia dengan drama Atap Genting Atap Rumbia yang ditulis pada tahun 1963.Dikatakan persoalannya mengenai masalah sezaman dan kontemporari konflik kerakusan kota dengan kerharmonian desa.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment