Friday, November 26, 2010

fungsi pencahayaan

Didalam sebuah pementasan teater pencahayaan merupakan elemen penting yang perlu ada untuk menerangi dan menberikan mood dalam sesebuah  pementasan itu.Pencahayaan juga mampu menimbulkan suasana di atas pentas seperti yang ingin digambarkan oleh seorang sinografer.

  Antara fungsi pencahayaan ialah untuk menbolehkan kita melihat apa yang berlaku diatas pentas.Pencahayaan digunakan untuk menerangi kawasan sekitar ruang lakon untuk memudahkan penonton melihat apa yang berlaku di atas pentas,ia juga mampu menbuat penonton memahami cerita yang dipentaskan.
Fungsi pencahayaan juga untuk menperlihatkan memek muka pelakon supaya penonton dapat melihat wajah pelakon dan menghayati cerita tersebut.Contohnya apabila pelakon melakonkan watak sedih jadi memek muka nya haruslah jelas supaya dapat menberi reaksi kepada penonton yang melihat.

  Pencahayaan juga berfungsi sebagai menampakkan posture badan dengan jelas,apabila lampu menerangi kawasan ruang lakon ia sekali gus menampakan posture badan seorang pelakon dan mampu melihat keseluruhan badan pelakon tersebut.Selain itu juga pencahayaan juga untuk menimbulkan mood,dalam pementasan pencahayaan penting untuk menimbulkan mood,ini kerana lampu-lampu yang dinyalakan adalah untuk menberikan suasana kepada penonton dan juga pada pelakon.kesan tembakan lampu tadi mampu untuk menghidupkan mood lakonan dan menbuat cerita itu supaya lebih menarik.


    Akhir sekali pencahayaan juga untuk menbangkitkan warna kostum dan 3D pada objek.Apabila kostum yang dipakai agak malap atau kusam,pencahayaan mampu untuk menimbulkan kesan warna pada kostum dan ia juga boleh menperlihatkan bentuk-bentuk objek dengan jelas.Jadi pemilihan kostum yang sesuai haruslah dititi beratkan supaya ianya boleh disamakan dengan lampu yang akan dinyalakan di atas pentas.



No comments:

Post a Comment