Sunday, October 24, 2010

Nazam Di melaka

Nazam juga menjadi kesenian yang dipraktikkan di Melaka. Di Melaka terdapat sebuah teks nazam berjodol Tanbih al-Kusla. Nazam tersebut adalah hasil terjemahan daripada Nzam Arzal an-Nas oleh Ahmad bin Haji Abd.Raof, yang merupakan Mufti negeri Melaka tahun 1944. Tanbih al-Kusla lebih merupakan buku permulaan dalam ilmu fikah, khususnya untuk anak-anak sekolah.

Mengikut Mohd.Ali Bachik (2004:10) perkembangan nazam di Melaka berlaku di kalangan kaum lelaki dan kaum wanita. Kaum lelaki membaca nazam di surau di antara waktu maghrib dan Isyak terutama pada bulan Rabiul Awal. Kaum wanita pula membaca nazam sambil menganyam tikar pada waktu malam.



Di Melaka.
Nazam terbahagi kepada dua lagu iaitu SERKAM dan TANJUNG.Ini bermakna cara berlagunya juga berbeza.Jika nazam versi serkam,lagunya akan berlainan dengan nazam versi tanjung dimana cara lagunya itu tidak sama.
Contohnya.
Aku Mula  Kitab Ini Dengan Berkat (berhenti nafas+nafas baru)                                                             Nama allah yang menberi limpah rahmat.
Jadi cara lagunya itu haruslah sedemikian.
Untuk tanjung pula.
Aku Mula Kitab Ini Dengan Berkat (nafas tidak berhenti sebaliknya diteruskan)                                     Nama allah yang menberi limpah rahmat.
Begitulah perbezaan nazam di melaka.Cara lagunya dan lenggoknya yang berbeza.Disamping itu juga,Di Melaka menetapkan awal nazam dengan
Allah Allah Azza wajal tuhan kami,                                                                                                         Kami minta ampun akan dosa kami.
Ayat diatas ditetapkan sebagai korus utama yang harus diulang selepas solo.
Dalam unsur kontemporari masa kini,nazam boleh disertakan dengan alat-alat muzik yang boleh mencantikan lagi nazam itu dan sesuai untuk keadaan semasa.
Antara alat yang boleh dimasukan kedalam nazam ini antaranya ialah,gedombak,sitar,gambus,tabla,kompang,rebana,gong,tamborin dan alat-alat yang lain yang bersesuaian dengan irama islam.
Jika dirungkai dari segi sejarahnya,melaka merupakan negeri terawal yang mendapat pengaruh nazam ini,dimana pada abad ke 16 lagi ia sudah bertapak di asia tengara.
Nazam dimelaka bertujuan untuk meyebarkan dakwah islam pada ketika itu yang diamalkan oleh para ulama untuk berdakwah di melaka.Ia juga digunakan oleh para pedagang untuk memahami budaya masyarakat orang islam pada ketika itu.
Pengaruh nazam ini tersebar di beberapa buah negeri yang lain antaranya Pahang dan Terengganu.
Antara pengiat awal nazam di melaka ialah Tn Haji Ahmad Bin Haji Abdul Raof.Beliau yang menterjemahkan nazam ini kedalam bahsa melayu supaya ianya mudah difahami.antara nazam awal terjemahan nya ialah Nazam Rukun Islam berdasarkan kitab berzanji kita sekarang ini.

1 comment:

  1. ad buku rujukan tentang nazam x ?ataupun info2 tntg nazam .. saya perlukn utk buat assgment sejarah ..

    ReplyDelete