Sunday, September 19, 2010

bahasa rojak

penularan bahasa rojak sering menjadi bualan utama masyarakat pada hari ini.penggunaan yang begitu ketara didalam sms..dan bahasa seharian..jika kita fikir betapa hebatnya bahasa kita sendiri tentu kita menghargai bahasa kita sendiri,namun usaha yang dilakukan pelbagai pihak tidak berjaya sepenuhnya kerana penularan bahasa rojak sudah menjadi virus utama dalam kehidupan masyarakat pada hari ini..

persoalanya,mengapa kita perlu mengunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama,tidak dinafikan nahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia..tapi pernahkah kita tanya dan mengambil tahu tahap manakah bahasa kita sendiri..
sejarah telah menbuktikan ada bahasa yang hilang bersama bangsanya dan ada bangsa yang lenyap bersama bangsanya..mahukah kita hilang bangsa kita hanya kerana penggunaan bahasa yang kita amalkan..

penggunaan bahasa ibunda kita amat penting dalam mermartabatkan bahasa kita sendiri,ramai pejuang-pejuang bahasa bertungkus lumus untuk mermartabatkan bahasa melayu di negara ini..mengapa kita tidak menghargai apa yang mereka lakukan pada kita.jika dahulu kita cukup anti dengan bahasa inggeris..tetapi mengapa tidak sekarang..penggunaan bahasa inggeris yang ketara dapat menbantu kita untuk menerokai alam dunia ini,tetapi bahasa kita sendiri juga mampu untuk menjadi bahasa yang menpunyai tahapnya sendiri..

oleh itu,gunakan bahasa kita dengan betul dan baik kerana dengan bahasa kita boleh maju dan bahasa adalah juwa bangsa..

No comments:

Post a Comment