Sunday, September 19, 2010

sejarah zaman realisme di malaysia

perubahan yang berlaku dalam politik dan perkembangan sosio ekonomi-budaya,turut serta mengubah pertumbuhan drama melayu.Nasionalisme dan Heroisme amat dominan dalam drama sejarah,jesteru sebagai sumbangan ke arah penyemarakkan semangat kebangsaan dan perebutan kemerdekaan.

Drama megat terawis,si bongkok tanjung puteri,jebat menderhaka,robohnya kota lukut dan lain-lain adalah bayangan nasionalisme dan heroisme melayu.Drama-drama itu ingin menunjukkan bahawa bangsa melayu sudah memiliki beberapa buah kerajaan besar,menpunyai pahlawan-pahlawan terbilang dan ketatanegaraan ,tidak mustahil boleh merdeka dan mentadbirkan negara ini,jesteru itu mereka pernah memiliki kemerdekaan itu sebelumnya.

pelopor dalam aliran realisme di malaysia ialah Kala Dewata dengan karyanya yang bertajuk Atap Genting Atap Rumbia pada tahun 1963..selain itu antara pengiat drama aliran ini termsuklha Kalam hamidi,shaharom husain,usman awang dan ramai lagi.

maksud realisme ialah Drama realisme ialah drama yang persoalan dan pemikirannya mengarap kehidupan sehari-hari.Drama realisme melahirkan suasana yang natural,bersahaja dan dapat melancarkan cerita,menimbulkan perwatakkan dan berhasil mewujudkan satu situasi yang harmoni dalam keseluruhan persembahan.

Dari sudut struktur dalam realisme malaysia mengunakan teori Aristotle:adanya protasis,epitasis dan katastasis.Dari sudut plotnya misalnya masih kuat berpegang kepada pola lima tahap iaitu:Eksposisi,krisis,klimaks,antiklimaks dan penyelesaian.meskipun konflik itu dianggap jiwa drama.ternyata daripada penyelidikkan terhadap teks-teks didapati unsur-unsur plot dramatiknya seperti suspen,ironi,tension,kejutan dan sebagainya kurang diaplikasikan secara berkesan.drama realisme melayu lebih dihasratkan kepada penyampaian cerita.sehingga yang di pentingkan ialah cerita dan bagaimana hendak menyudah atau menyelesaikan cerita.

No comments:

Post a Comment