Thursday, September 30, 2010

kenangan terindah

Malam Puisi Utusan memukau



MOHAMAD Juhari Sharani (dari kiri), Mohd. Nasir Ali, A. Samad Said, Aziz Ishak bersama artis-artis, penyair dan eksekutif kanan Kumpulan Utusan yang menjayakan Malam Puisi Utusan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/Mohd. Noor Amin


KUALA LUMPUR 17 Julai - Lebih 2,500 penonton termasuk tetamu kenamaan hadir menyemarakkan Malam Puisi Utusan (MPU) ke-13 di Laman Beringin, Istana Budaya, di sini malam ini.
Mereka terhibur dengan puisi-puisi indah yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said, sembilan penyair dan tujuh artis tempatan.
Penonton tersentuh dengan puisi-puisi yang dideklamasikan penuh perasaan.
Puisi bertajuk Pemimpin Utuh yang dideklamasikan oleh A. Samad mendapat tepukan gemuruh hadirin.
MPU ke-13 yang semakin hangat dengan dendangan pelbagai puisi karya para penyair terkenal tanah air seperti Shukri Abdullah, Marsli N.O, Rajeshwary Sita Raman; HarlymYeo; Roslan Madun; Dr. Hamidah Abdul Hamid dan Pyanhabib.
Selain itu, MPU ke-13 turut diserikan dengan persembahan puisi dan nyanyian artis tempatan, Suhaimi Meor Hassan, Azlan & Typewriter, Akim AF7, Sheila Abdul, Rozita Che Wan, Ultimate dan Pelakon Uda dan Dara, Zulkifli Zain.
Malam puisi ini memberi kelainan dengan kebanyakan puisi yang berkisah nasib dan penderitaan rakyat Palestin.
MPU ke-13 dianjurkan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Exxon Mobil; Astro; Perbadanan Filem Nasional (Finas) dan Istana Budaya.
Program ini merupakan sebahagian program dalam minggu Sastera Utusan 2010.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
MPU ke-13 diadakan bagi mengangkat agenda karya kesusasteraan kesenian dan kebudayaan serta memartabatkan puisi dan lagu-lagu puisi tanah air.

No comments:

Post a Comment