Thursday, September 30, 2010

kenangan terindah

Malam Puisi Utusan memukau



MOHAMAD Juhari Sharani (dari kiri), Mohd. Nasir Ali, A. Samad Said, Aziz Ishak bersama artis-artis, penyair dan eksekutif kanan Kumpulan Utusan yang menjayakan Malam Puisi Utusan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/Mohd. Noor Amin


KUALA LUMPUR 17 Julai - Lebih 2,500 penonton termasuk tetamu kenamaan hadir menyemarakkan Malam Puisi Utusan (MPU) ke-13 di Laman Beringin, Istana Budaya, di sini malam ini.
Mereka terhibur dengan puisi-puisi indah yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said, sembilan penyair dan tujuh artis tempatan.
Penonton tersentuh dengan puisi-puisi yang dideklamasikan penuh perasaan.
Puisi bertajuk Pemimpin Utuh yang dideklamasikan oleh A. Samad mendapat tepukan gemuruh hadirin.
MPU ke-13 yang semakin hangat dengan dendangan pelbagai puisi karya para penyair terkenal tanah air seperti Shukri Abdullah, Marsli N.O, Rajeshwary Sita Raman; HarlymYeo; Roslan Madun; Dr. Hamidah Abdul Hamid dan Pyanhabib.
Selain itu, MPU ke-13 turut diserikan dengan persembahan puisi dan nyanyian artis tempatan, Suhaimi Meor Hassan, Azlan & Typewriter, Akim AF7, Sheila Abdul, Rozita Che Wan, Ultimate dan Pelakon Uda dan Dara, Zulkifli Zain.
Malam puisi ini memberi kelainan dengan kebanyakan puisi yang berkisah nasib dan penderitaan rakyat Palestin.
MPU ke-13 dianjurkan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Exxon Mobil; Astro; Perbadanan Filem Nasional (Finas) dan Istana Budaya.
Program ini merupakan sebahagian program dalam minggu Sastera Utusan 2010.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
MPU ke-13 diadakan bagi mengangkat agenda karya kesusasteraan kesenian dan kebudayaan serta memartabatkan puisi dan lagu-lagu puisi tanah air.

bentuk-bentuk teater abad pertengahan

Selepas kejatuhan zaman Rom,teater abad pertengahan mula berkembang,Perkembangan teater di rom menjadi inspirasi yang digunakan dalam teater abad pertengahan.Antara unsur-unsur yang dibawa dari zaman greek dan rom ialah MIME.Mime merupakan satu pementesan teater muncul pada zaman yunani,genre ini diteruskan di zaman teater abad pertengahan.

Drama pertengahan berkembang pada 900sm-1500sm,drama-drama ini lenyap apabila munculnya reformasi kecuali di sepanyol,Sepanyol merupakan pengerak kepada reformasi ini.Jadi kesemua keseniaan dikumpulkan dan diterokai oleh zaman ini yang dikenali sebagai zaman renaissasance.

Antara bentuk-bentuk teater yang popular di zaman pertengahan ini ialah:
  • Liturgi
  • Cycle
  • Miracle
  • Moral
  • Farce
  • Interlude
Liturgi,
  • berlaku didalam gereja,
  • drama pendek yang dipersembahkan dalam bahasa latin
  • sekitar tahun 1200sm barulah dimainkan di kawasan lapang.
  • sebahagian daripada upacara Misa(ibadat) yang dimainkan oleh pastor
  • selepas daripada ini setiap pementasan tidak lagi mengunakan bahasa latin
Cycle,
  • bentuk drama dimainkan di luar gereja
  • semua pementasan berdasarkan kitab bible,tetapi mengambil kisah suci dan digabungkan dengan kisah setempat.
  • bersifat keagamaan unsur humor,
  • dipersembahkan atas kereta kuda(pageant)
Miracle,
  • Drama yang menceritakan kisah para orang suci,
  • mendapat halangan mempersembahkan di gereja kerana banyak misteri akhirnya pertunjukan di jalan
  • di bawah organisasi GILDA
Moral,
  • penekananan pada tema kemiskinan,kebajikan,pengetahuaan,kebodohan,dan sebagainya
  • tujuaanya untuk menyatakan ada pertarungan antara manusia dan dirinya diantara kebajikan dan kejahatan dalam hati manusia.
  • drama ini lambat dan membosankan
  • hanya unsur badut
  • setan dilukis sebagai badut,
farce,
  • bersifat sekullar(meluas)
  • berkembang diluar gereja,
  • cerita lanjutan dari upacara rakyat zaman yunani.
Interlude,
  • selingan diadakan pada satu-satu pesta
  • dilakonkan oleh pelakon profesional.

pentas








Sunday, September 26, 2010


Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin

Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah.

ciri-ciri orang munafik!!!

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

mensyukuri nikmat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Saturday, September 25, 2010

renungan yang terbaik!!!!!!!!!!!

Berkata Jibrail A.S.
"Wahai rasulullah,barangsiapa yang menbaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali(10x),maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia menlintasi titian siratul mustaqiim seperti kilat menyambar"

hadis diatas njelas menerangkan tentang kelebihan dan keistimewaan selawat keatas nabi Muhamad s.a.w.,oleh itu saya menyeru diri saya dan rakan taulan marilah kita bersama-sama mengamalkanya didalam kehidupan kita..

Amin..selamat beramal...YANG TERBAIK!!!!!

Tuesday, September 21, 2010

sejarah perkembangan teater di dunia

sejarah bermulanya teater tidak diketahui.walaubagaimanapun sejarah bermulanya teater itu boleh dikaitkan dengan beberapa unsur seperti keagamaan,nyanyian untuk pahlawan dan dari kegemaran manusia mendengar cerita..oleh sebab itu upacara-upacara ini di olah supaya ianya menjadi sebuah lakonan dan di improvisasikan dalam bentuk gerakan dan pergerakan di tambah dengan muzik,set,kostum dan pencahayaan.

tahap perkembanagan teater terawal berkembang di yunani,iaitu sekitar tahun 2300.pada zaman ini teater dipentaskan di panggung yang di panggil amphitheater.Ia merupakan sebuah panggung yang berperanan sebagai tempat untuk pertunjukan teater.Dalam zaman ini ramai tokoh-tokoh teater yang terkenal iaitu Aeschylus,Sophocles,Euripides,Aristhophane dan ramai lagi tokoh-tokoh dalam pelbagai aliran,tragedi dan komedi..kebanyakan drama tragedi di yunani dibuat berdasarkan lagenda.Drama-drama ini sering menbuat penonton merasa tegang,takut,dan kasihan.Drama komedi bersifat lucu dan kasar sering mengolok-olokan tokoh-tokoh terkenal pada zaman itu,

Aliran perkembangan teater berkembang pula beralih ke Rom..Perkembanagan teater di Rom adalah berdasarkan pemikiran dan falsafah teater yunani,tetapi menpunyai pengaruhnya yang tersendiri didalam cerita,panggung,watak dan sebagainya telah di tambah baikan.Antara seniman teater yang terkenal pada rom ialah Lucius Anneus seneca(4sm-65sm).dalam perkembangan teater di Rom,banyak mengunakan teater komedi,ini kerana masyarakat pada zaman ini sukakan keceriaan dan hiburan sahaja..Bentuk teater yang terkenal pada zaman rom ini ialah Tragedi,Farce pendek,dan Mime.Namun tahap teater pada zaman Rom tidak begitu lama kerana kejatuhan kerajaan rom pada ketika itu disebabkan peperangan bangsa-bangsa barbar serta munculnya kuasa gereja yang melarang pertunjukkan teater pada ketika itu,

Sunday, September 19, 2010

asal drama

teater

Drama adalah perkataan barat,yang sekali gus menyatakan bahawa kegiatan berdrama berasal daripada barat.Bagaimanapun dalam kebudayaan melayu sedia ada budaya berdrama sperti wayang kulit,makyung,menora dan bangsawan,yang kesemuanya dikategorikan sebagai drama teater tradisional.sebelum perkataan drama itu digunakan teater tradisional itu dikenali sebagai perkataan "main",seperti main wayang kulit,main menora,dan seterusnya.dengan kedatangan pengaruh barat,seni lakon berubah..terutama dari segi pengskripanya,pengarahan dan teknik pementasan.

Perkataan drama berasal dari perkataan barat iaitu DRA,yang menbawa maksud melakukan dan melakonkan..dalam fakta sejarah,tidak dapat dikenali negara yang manakah bermulanya teater..tetapi boleh kita katakan bahawa teater pesat menbangun pada zaman yunani dan greek..di zaman ini peningkatan teater begitu ketara..ramai ahli-ahli falsafah terkenal teater lahir pada zaman ini..antaranya.Sophocles,Aeschylus.dan ramai lagi..
di malaysia,drama berkembanag dari pengaruh india dan indonesia..di malaysia bermula dengan bangsawan yang melahirkan ramai pengiat-pengiat teater itu,pada tahun 1960 bermula zaman realisme di malaysia..antara tokoh terkenal zaman ini ialah Kala Dewata,dengan karyanya yang bertajuk Atap Genting atap rumbia..

adaptasi dari sejarah drama melayu moden oleh Mana Sikana..
untuk rujukan rakan
aswara(Shamizan)

bahasa rojak

penularan bahasa rojak sering menjadi bualan utama masyarakat pada hari ini.penggunaan yang begitu ketara didalam sms..dan bahasa seharian..jika kita fikir betapa hebatnya bahasa kita sendiri tentu kita menghargai bahasa kita sendiri,namun usaha yang dilakukan pelbagai pihak tidak berjaya sepenuhnya kerana penularan bahasa rojak sudah menjadi virus utama dalam kehidupan masyarakat pada hari ini..

persoalanya,mengapa kita perlu mengunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama,tidak dinafikan nahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia..tapi pernahkah kita tanya dan mengambil tahu tahap manakah bahasa kita sendiri..
sejarah telah menbuktikan ada bahasa yang hilang bersama bangsanya dan ada bangsa yang lenyap bersama bangsanya..mahukah kita hilang bangsa kita hanya kerana penggunaan bahasa yang kita amalkan..

penggunaan bahasa ibunda kita amat penting dalam mermartabatkan bahasa kita sendiri,ramai pejuang-pejuang bahasa bertungkus lumus untuk mermartabatkan bahasa melayu di negara ini..mengapa kita tidak menghargai apa yang mereka lakukan pada kita.jika dahulu kita cukup anti dengan bahasa inggeris..tetapi mengapa tidak sekarang..penggunaan bahasa inggeris yang ketara dapat menbantu kita untuk menerokai alam dunia ini,tetapi bahasa kita sendiri juga mampu untuk menjadi bahasa yang menpunyai tahapnya sendiri..

oleh itu,gunakan bahasa kita dengan betul dan baik kerana dengan bahasa kita boleh maju dan bahasa adalah juwa bangsa..

sejarah zaman realisme di malaysia

perubahan yang berlaku dalam politik dan perkembangan sosio ekonomi-budaya,turut serta mengubah pertumbuhan drama melayu.Nasionalisme dan Heroisme amat dominan dalam drama sejarah,jesteru sebagai sumbangan ke arah penyemarakkan semangat kebangsaan dan perebutan kemerdekaan.

Drama megat terawis,si bongkok tanjung puteri,jebat menderhaka,robohnya kota lukut dan lain-lain adalah bayangan nasionalisme dan heroisme melayu.Drama-drama itu ingin menunjukkan bahawa bangsa melayu sudah memiliki beberapa buah kerajaan besar,menpunyai pahlawan-pahlawan terbilang dan ketatanegaraan ,tidak mustahil boleh merdeka dan mentadbirkan negara ini,jesteru itu mereka pernah memiliki kemerdekaan itu sebelumnya.

pelopor dalam aliran realisme di malaysia ialah Kala Dewata dengan karyanya yang bertajuk Atap Genting Atap Rumbia pada tahun 1963..selain itu antara pengiat drama aliran ini termsuklha Kalam hamidi,shaharom husain,usman awang dan ramai lagi.

maksud realisme ialah Drama realisme ialah drama yang persoalan dan pemikirannya mengarap kehidupan sehari-hari.Drama realisme melahirkan suasana yang natural,bersahaja dan dapat melancarkan cerita,menimbulkan perwatakkan dan berhasil mewujudkan satu situasi yang harmoni dalam keseluruhan persembahan.

Dari sudut struktur dalam realisme malaysia mengunakan teori Aristotle:adanya protasis,epitasis dan katastasis.Dari sudut plotnya misalnya masih kuat berpegang kepada pola lima tahap iaitu:Eksposisi,krisis,klimaks,antiklimaks dan penyelesaian.meskipun konflik itu dianggap jiwa drama.ternyata daripada penyelidikkan terhadap teks-teks didapati unsur-unsur plot dramatiknya seperti suspen,ironi,tension,kejutan dan sebagainya kurang diaplikasikan secara berkesan.drama realisme melayu lebih dihasratkan kepada penyampaian cerita.sehingga yang di pentingkan ialah cerita dan bagaimana hendak menyudah atau menyelesaikan cerita.

Saturday, September 18, 2010

hari ini aku rasa happy

salam...

aku tak tahu hari ini aku happy sgt,mungkin sebab aku ni seorang yang happy tau ada benda yg telah buat aku happy..argghhhhhh

perasaan ni menbuat aku terkesima dan terkedu untuk berbicara dengan manusia..hihi

sedih telah melunaskan hutangnya,lalu kegembiraan datang menyapa aku..haha

tiada ungkapan yang hendah kulafazkan selain aku happy sangat...

sejarah perkembangan teater pada abad ke 17

Teater abad 17 di Spanyol dan Perancis
Drama-drama agama hanya berkembang di Spanyol Utara dan Barat karena sebagian besar Spanyol dikuasai Islam. Ketika kekuasaan Arab dapat diusir dari Spanyol kira-kira tahun 1400 maka drama dijadikan salah satu media untuk “menghistorikan” kembali bekas jajahan Arab. Teater berkembang sebagai media dakwah agama. Inilah sebabnya drama agama  berkembang di Spanyol.Gereja sangat berperan dalam pengembangan drama. Pertunjukan yang berkembang adalah AutosSacramentales dengan ciri ciri antara lain:
  • Tokoh-tokoh dalam cerita adalah tokoh simbolik, misalnya si Dosa, Si Bijaksana dipertemukan dengan tokoh supranatural dan manusia biasa dengan cerita berdasarkan  kehidupan sekuler maupun ajaran-ajaran gereja.
  • Dipertunjukkan di atas kereta kuda (2 tingkat) yang dinamaicarros. Kereta-kereta kuda tadi juga membawa setting.
  • Pertunjukan dilakukan oleh rombongan profesional yang selalu berhubungan dengan gereja
  • Pertunjukannya selalu diselingi tarian dan interlude Farce pendek.
Unsur Farce berdampak masuknya sekularisme dalam drama Autos dan berakibat gereja  melarang Autos pada tahun 1765 karena merajalelanya semangat Farce dan menyimpang dari ajaran-ajaran agama.
Drama di luar gereja  yaitu drama sekuler juga berkembang pesat. Pada tahun 1579 telah berdiri gedung permanen di Madrid. Bentuk gedung teater ini mirip dengan Elizabethan di Inggris. Pelopor drama sekuler di Spanyol ialah lope de rueda (1510-1565). Ia dramawan, aktor dan produsen yang mendirikan gedung teater permanen di Spanyol. Tetapi profesionalisme dalam teater  baru berkembang setelah kematiannya tahun 1580-an.
Pada abad 17  Teater di Perancis menjadi  penerus teater abad pertengahan, yaitu teater yang mementingkan pertunjukan dramatik, bersifat seremonial dan ritual kemasyarakatan. terdapat kecenderungan menulis naskah yang menggabungkan drama-drama klasik dengan tema-tema sosial yang dikaitkan dengan budaya pikir kaum terpelajar. Dramawan Perancis bergerak lebih ekstrim dalam mengembangkan bentuk baru tragedi klasik yang melampaui tragedi Yunani yang padat, cermat, dan santun. Lahirlah Klasisme baru atau neo klasik yang  memiliki konvensi sebagai berikut:
  • Mengikuti dan memahami konsep pembuatan naskah klasik,
  • Menjaga kemurnian tipe drama,
  • Setia kepada kaidah klasik,
  • Berorientasi pada fungsi drama,
  • Menitikberatkan pada konsep tentang kebenaran dan moral kebaikan,
  • Setia kepada keutuhan  waktu, tempat,  dan peristiwa,
  • Hanya mengakui dua bentuk drama yaitu tragedi dan komedi,
  • Konsep Neoklasik mengajarkan tentang kebenaran.

Friday, September 17, 2010

erti sebuah percintaan



Jika kita mengetahui erti sebenar sebuah perjalinan itu,tentu kita dapat merasai nikmat kurniaan allah kepada kita..Namun segenlintir manusia masih meragui cinta mereka..

Dalam sebuah perjalinan percintaan mesti banyak kenangan manis bersama tercipta..adakah ini erti sebuah percintaan..tentu tidak mungkin..

aku seorang yang bercinta dan pencinta..Aku cinta pada Allah,nabi,family aku..dan setiap manusia menpunyai perasaan cinta tearhadap insan yang bergelar wanita ataupun lelaki..
Namun untuk mengekalkan sebuah perhubungan itu supaya ia terus kekal ianya amat mustahil..semua ini sudah ditentukan oleh allah,jika ia berkata jadi maka jadilah..(surah yassin)

Dalam percintaan kita haruslah saling memahami dan saling menghormati pendapat masing-masing,tapi jangan terlalu ikutkan kata pasangan kerana ianya akan mengundang bahaya kepada kita..
pecahan peratusan dalam percintaan seperti berikut

50% kesabaran
30% kesetiaan
20% kefahaman

saya yakin jika ini dipraktikkan ia dapat menbantu anda untuk terus kekal..

kita mudah untuk sayangi seseorang tapi kita tidak mudah untuk melupakan seseorang,mengapa ini terjadi..

tuntasnya..perasaan sayang amat tinggi dalam diri setiap manusia..dan persaan sayang itulah yang melemahkan segala kecacatan dan peganjilan dalam sebuah perhubungan..

oleh itu fahamilah erti percintaan yang sebenar..dan jangan terlalu mencintai orang lain sedangkan kita lupa pada diri kita sendiri..sabda nabi:tidak sempurna iman seseorang itu,jika ia tidak mengasihi dirinya sendiri..

akhir kalam..sedetik bicara dari yang terbaik(shamizan_shazee)

salam...








Tuesday, September 14, 2010

maksud batin..

selalu kita melafazkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..tapi ada segelintir pihak yang tidak memahami erti "batin"..batin ialah benda yang tidak boleh ditanggapi oleh pancaindera,ia mengandungi perasaan dan perkara yang tidak boleh dilihat..dalam erti kata batin ialah perasaan..ungkapan maaf zahir dan batin seharusnya dipadankan bukan diperolokkan..kita tidak tahu jika ada perasaan orang yang terguris akibat dari perlakuaan kita yang kertelaluan..oleh itu kita seharusnya mengabungkan ungkapan ini supaya maaf dapat diampun dari zahir dan batin....sekian terima kasih..YANG TERBAIK

aswara.12.20pm

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA_MAAF ZAHIR DAN BATIN,
KEPADA ORANG YANG SAYA CINTAI DAN SAYA SAYANGI,AMPUN MAAF DI PINTA..DAN KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA...MOHON SEJUTA KEMAAFAN JIKA ADA TERSILAP BUDI BICARA..

Wednesday, September 1, 2010

cetek akal..

perubahan manusia hari ini amat menbanggakan..tapi tak semua orang mampu mengarapinya...sebagai manusia yang serba kedaifan kita perlulah untuk menerokai ilmu yang ada dalam dunia ini...nabi bersabda tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina..ungkapan ini jelas dikhabarkan kepada kita..namun masih ada yang menyangkalnya..adakah kerana sifat egois atau perasan dirinya hebat atau dah miliki segala ilmu itu..ternyata ianya tidak munasabah sekali..kerana ilmu manusia terbatas..dan tak mampu untuk memikirkan tentang hal yang tidak diketahiunya...oleh itu kita perlu sedar dimana kita bertapak dan berdiri sebagai seorang manusia...andai ini terlaksana ia akan menjadi suatu rugutan kepada diri sendiri...

ada insan yang tak hiraukan tentang nasib..tapi ada insan yang menhiraukan tentang itu...dua perkara yang berbeza namun persoalan yang sama..saya berfikir tentang mengapa manusia sering menlemahkan diri sendiri..seperti ungkapan ini...

"aku ini insan yang lemah dan tidak sempurna"

dalam al-quran mengatakan bahawa allah mencipta manusia adalah sebaik-baik kejadian..tapi kenapa kita menperkotak-katikan kenyataan ini...

dalam buku Dr.Zainal Abidin omar karyanya yang bertajuk tiang kelemahan..
menceritakan tentang kelemahan sikap manusia...

11.24 AM
ASWARA

lagu untukmu

kekasihku,
dengarkan laguku,
yang ku ciptakan untukmu,

jangan lah kau menragui hati
dilema rindu bersamamuku,

kekasihku,
jika kau guris hatiku,
luka pedihnya tidakkan zahir,

usahlah kau mencemburui daku,
kerna aku adalah untukmu,

kekasihku,
lagukan iramaku,
untuk tatapan nuranimu,

kau lah segalanya,
kau lah segalanya,

kau yang ku sayang..